Masa depan Fizik_zarah

Ahli-ahli fizik zarah antarabangsa bersetuju tentang matlamat-matlamat yang paling mustahak untuk penyelidikan zarah fizik pada masa depan jangka pendek dan jangka pertengahan, iaitu untuk mencari dan memahami fizik di luar model piawai. Ini dapat diusahakan melalui berbagai-bagai cara yang berbeza. Terdapat banyak alasan uji kaji yang kuat untuk menjangka sebuah fizik yang baru, termasuk jirim gelap dan jirim neutrino. Teori-teori zarah fizik juga membayangkan bahawa fizik baru ini dapat dijumpai pada skala-skala tenaga yang boleh dicapai. Bagaimanapun, yang paling mustahak adalah bahawa hasil-hasil yang tidak dijangka atau diramalkan akan membekalkan banyak peluang untuk membelajari alam semula jadi kita.

Kebanyakan usaha untuk mencari fizik baru ini menumpukan pada uji-uji kajian pelanggar yang baru. Satu matlamat jangka pendek (dari segi perbandingan) ialah penyiapan Pelanggar Hadron Besar (LHC) pada tahun 2007 yang akan meneruskan pencarian boson Higgs, zarah-zarah supersimetri (SUSY), dan fizik-fizik baru yang lain. Selain itu, matlamat jangka pertengahan ialah pembinaan Pelanggar Linear Antarabangsa (ILC) yang akan melengkapi LHC dengan membenarkan pengukuran yang lebih tepat untuk sifat zarah-zarah yang baru ditemui. Satu keputusan terhadap teknologi ILC telah dibuat pada Ogos 2004, tetapi persetujuan untuk tapaknya masih belum dicapai.

Selain itu, terdapat juga banyak uji kajian bukan pelanggar yang penting yang juga mencuba mencari dan memahami fizik di luar model piawai. Salah satu daripada usaha-usaha ini yang utama ialah penentuan jirim-jirim neutrino yang mungkin akan dihasilkan oleh pencampuran neutrino-neutrino dengan zarah-zarah yang amat berat. Tambahan pula, pencerapan-pencerapan kosmologi memberikan banyak kekangan yang berguna terhadap jirim gelap, walaupun sifat tepat jirim gelap tidak mungkin dapat ditentukan tanpa pelanggar-pelanggar. Akhirnya, batas-batas bawah untuk masa hayat proton yang amat panjang menyekat Teori-teori Penyatuan Agung pada skala-skala tenaga yang lebih tinggi daripada keupayaan uji-uji kaji pelanggar kini.